13 April 2010

Kalimat 4: Orang Mukmin Mestilah Meyakini Hal-Hal Yang Ghaib, Isi Kandung Kitab

Menghayati Kalimat Mu'minin  4: Surah Al Baqarah 97



Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesiapa memusuhi Jibril maka sebabnya ialah kerana Jibril itu menurunkan Al-Quran ke dalam hatimu dengan izin Allah, yang mengesahkan kebenaran Kitab-kitab yang ada di hadapannya (yang diturunkan sebelumnya), serta menjadi petunjuk dan memberi khabar gembira kepada orang-orang yang beriman".   (2:97)


TAFSIRAN


ASBABUN NUZUL – SEBAB TURUN AYAT 

Imam Jalaludin As Sayuthi meriwayatkan bahawa satu rombongan kaum Yahudi telah datang mengadap Nabi Muhammad saw dan mereka berkata “Ya Abil Qassim, kamiakan bertanya kepada tuan mengenai 5 perkara.  Apabila tuan dapat memberitahunya tahulah kami bahawa tuan adalah seorang nabi.  5 perkara ditanyakan oleh yahudi tersebut.
 
1. Apakah yang diharamkan oleh Bani Israel atas dirinya?
2. Tentang tanda-tanda kenabian
3. Tentang petir dan suaranya
4. Tentang bagaimana seorang wanita dapat melahirkan seorang lelaki atau wanita
5. Siapakah yang sebenarnya yang memberikhabar dari langit 

Setelah itu yahudi bertanya kepada Nabi “siapakah sahabat tuan”.  Maka Rasullullah saw menyatakan “Jibril”. Yahudi berkata “Apakah Jibril yang menurunkan perang, pembunuhan dan seksaan? Itulah musuh kami.  Tetapi kalau tuan kata Mikail yang menurunkan rahmat Allah, tanam tanaman dan hujan, tentu lebih baik” Maka turunlah ayat ini menjelaskan peristiwa tersebut. 
(Diriwayatkan oleh Ahmad, Tarmizi dan Nasa’i) 


Perbincangan 1  



1.  Ayat ini adalah pendedahan daripada Allah terhadap sikap tidak berimannya Yahudi terhadap Al-Qur’an dan Nabi Muhammad saw.  Alasan ini dikemukakan sebagai suatu andaian memburukkan perihal penurunan wahyu Al-Qur’an.  Begitulah bangsa Yahudi yang menolak Al-Qur’an terus menerus mencari alasan untuk tidak beriman kepada wahyu Allah.

2.  Al-Maraghi dalam tafsirnya menyatakan bagaimana Abdullah bin Shuriya seorang pendita Yahudi bertemu dengan Rasullullah saw dan bertanya tentang Malaikat Jibril yang kepada Nabi Muhammad saw membawa wahyu kepadanya.  Lalu Rasullullah saw menjawab bahawa dia adalah Malaikat Jibril. Mendengarkan jawapan Nabi Muhammad saw maka Ibnu Syuriya berkata “Dia adalah musuh Yahudi”. 

3.  Al-Maraghi juga meriwayatkan bahawa dalam suatu perhimpunan Yahudi maka Saidina Umar telah masuk kedalam perhimpunan tersebut.  Kemudian Saidina Umar telah menyampaikan perihal Malaikat Jibril.  Yahudi menjawab “dia adalah musuh kami.  Dialah yang membuka rahsia kami kepada Muhammad.  Dia adalah malaikat yag kejam dan suka menyiksa” 

4.  Demikianlah buruknya mereka yang menentang Malaikat Jibril yang ditugaskan oleh Allah menurunkan wahyu.  Tugas utama Jibril ini telah dilakukannya ketika menurunkan Zabur, Taurat, Injil dan Al-Qur’an.  Sekalilagi Yahudi terjebak dalam penentangannya terhadap Allah.  Mereka memusuhi Jibril yang menurunkan Taurat.  Memusuhi Jibril bermakna telah memusuhi Allah dan menjadi kufur.

5.  Sifat mencari alasan untuk tidak beriman kepada Allah adalah sifat yang bertentangan dengan ciri manusia beriman.  Mana-mana bangsa dalam dunia yang cuba mencari alasan menolak Al-Qur’an dalam kehidupan adalah sama seperti Yahudi.  Alasan yang kerap kita dengar ialah sekiranya dibuat Al-Qur’an maka negara tidak akan maju,  pelabur tidak akan datang melabur dalam negara, berlaku perpecahan masyarakat.  Inilah alasan-alasan yang diletakkan oleh pemimpin negara hari ini untuk menolak perlaksanaan Al-Qur’an.  Pemimpin yang seperti ini mestilah ditolak oleh umat sepertimana Allah menolak bangsa Yahudi kerana beralasan menjadikan Jibril musuh mereka.
 
Perbincangan 2 



Sedangkan Jibril tidaklah ia boleh melakukan sesuatu melainkan dengan arahan langsung daripada Allah.  Itulah status Jibril makhluk yang dicipta Allah dan mematuhi perintah Allah.  Jibril tidak lain melaksanakan tanggungjawab menyampaikan wahyu Allah.  Sesiapa yang memusuhi Jibril bermakna telah memusuhi keseluruhan malaikat Allah dan juga termauk Alah.

6.  Demikianlah komentar Ibnu Kathir dalam tafsirnya bahawa barangsiapa yang memusuhi Ruhul Amin (Jibril) yang menurunkan kitab dan Jibril adalah utusan Allah dari kalangan malaikat maka bermakna ia telah memusuhi semua malaikat

7.  Itulah ketundukan dan kepatuhan Malaikat Jibril.  Dia berbuat yang dibenarkan oleh Allah sahaja.  Bagaimanakah kita manusia yang berstatus makhluk?  Apakah kita telah melaksanakan yang disuruh Allah dan meninggalkan yang dilarang Allah?  Atau yang kita buat adalah yang bertentangan?  Inilah muhasabah diri yang mesti dilakukan oleh manusia.  Sekiranya menusia itu berbuat yang dihalalkan Allah dan meninggalkan yang diharam Allah maka terbitlah iman dan kasih sayang kepada Allah. 

Perbincangan 3 


8.   Pada ayat ini Allah menerangkan bahawa Al-Qur’an adalah kitab yang akhir dan membenarkan kitab-kitab diturunkan Allah yang  disampaikan oleh Jibril kepada Nabi-Nabi yang sebelum Nabi Muhammad saw. Al-Qur’an membenarkan apa yang ada dalam Zabur, Taurat dan Injil. Sekiranya Yahudi memusuhi Jibril maka Jibril itulah juga yang menyampaikan wahyu dalam Taurat.  Al-Maraghi dalam tafsirnya menyatakan bahawa apa yang ada dalam Al-Qur’an adalah senada dan seirama dengan kitab-kitab yang sebelumnya.

9.   Al-Qur’an mengajak kepada kebenaran dan penyembahan kepada Allah.  Itulah ajaran didalam Zabur, Taurat dan Injil.  Sekiranya Yahudi menolak dan ingkar beriman dengan apa yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw maka mereka telah menjadi kafir.  Yahudi sebenarnya yang mereka tidak boleh terima ialah kerasulan Nabi Muhammad saw.  Yahudi menganggap bahawa mereka adalah bangsa pilihan (choosen people).  Maka kenapa Rasul yang akhir tidak dari kalangan Yahudi?  Inilah cabaran Allah.  Mahukah Yahudi beriman kepada Rasul yang dipilih Allah dari bangsa Arab Quraisy?  Jelas bahawa kebanyakkan Yahudi akhirnya menjadi kafir kerana menentang kerasulan Nabi Muhammad saw walaupun namanya ada disebut di dalam Taurat yang disampaikan oleh Malaikat Jibril. 

Perbincangan 4 


10.   Sifat Al-Qur’an itu dijelaskan oleh Allah sebagai petunjuk kepada manusia seluruhnya. Tanpa mengira pangkat dan derajat, pingat dan kedudukan, apa jua warna kulit, segala jenis keturunan dan segala jenis marga.  Dari sultan kepada mufti, dari perdana menteri hingga kepada rakyat petunjuk yang dapat menyelamatkan manusia tidak lain adalah Al-Qur’an..  Al-Maraghi dalam tafsirnya dengan tegas menyatakan bahawa Al-Qur’an diturunkan Allah sebagai petunjuk yang menyelamatkan manusia. 

11.   Apabila manusia memilih petunjuk yang lain daripada Al-Qur’an maka ia tidak diterima Allah   Istilah dalam Al-Qur’an adalah dolal (kesesatan).  Didalam Al-Qur’an  terdapat 31 ayat yang menceritakan tentang golongan yang sesat.  Antara ayat ialah dalam surah Jumaah ayat 2 



 Dia (Allah) lah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang (Arab) yang Ummiyyin, seorang Rasul (Nabi Muhammad s.a.w) dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya), dan membersihkan mereka (dari iktiqad yang sesat), serta mengajarkan mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum syarak). Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata. (62:2) 


12.   Maka orang yang beriman mestilah sentiasa bermuhasabah  
    1. apakah yang dilaksanakan dalam kehidupan mengikut petunjuk Al-Qur’an ataupun tidak.
    2. Sistem politiknya apakah mengikut kehendak Al-Qur’an?
    3. Sistem pemerintahan yang disokongnya  apakah mengikut kehendak Al-Qur’an?
    4. Sistem pengurusan kewangannya apakah mengikut kehendakAl-Qur’an atau riba? 
    5. Parti yang disokongnya apakah yang memperjuangkan hukum Allah (Hudud dan Qisas)?
    6. Jemaah yang disertainya apakah jemaah yang syumul atau masih lagi berlegar dalam perkara perkauman (bangsa Melayu) 
    7. Jemaah yang disertainya masih bersifat juz’iyyah seperti (da’wah yang sempit, berzanji, marhaban? 

Perbincangan 5 


13.    Dihujung ayat ini Allah mengisyaratkan berita gembira kepada orang yang benar-benar beriman iaitu Allah menyediakan bagi yang beriman  tempat kemuncak segala nikmat iaitu syurga.  Inilah balasan kepada manusia yang beriman.  Manusia yang memilih untuk
  • Jemaah yang disertainya masih bersifat juz’iyyah seperti (da’wah yang sempit, berzanji, marhaban?
  • beriman dengan seluruh isi kandungan kitab dan berusaha untuk melaksanakan dalam  kehidupan 
  • Seluruh kehidupan orang beriman bersandar kepada Al-Qur’an


Ustaz Wan Ahmad Tarmizi 2010